~My self~

My photo
selayang, selangor, Malaysia

Friday, December 19, 2008

DINNER 08

Tudung saji menyerikan lagi wajah kami..hehheh. Majlis makan malam akhir tahun 2008. pada malam tu ramai juga yang ambil kesempatan untuk menggayakan pakaian tradisional. terutama pengarah kami..hehhe..memang cun habisss..pertandingan pakaian tercantik turut diadakan. Untuk pengetahuan semua pemenang pakaian tercantik adalah pengarah kamilah. Vogue gler..ini adalah ofismate yang duduk sekali pada malam tersebut.sebenarnye..ade lagi 6 orang yang duduk sekali n kami. tapi xcukup space. Berakhirlah tahun 2008 sehingga criter ini ditulis. dan baru jer rase nak cuti semester, dah tukar keluar pekeliling baru bahawasanya. cuti semester tiada lagi, hanya cuti 30 hari sahaja diberikan. tapi xpe alhamdulillah gak sebabnye cuti boleh simpan untuk CGR. hehehh..dah tua2 baru dapat duit, entah sempat ke tidak.insyallah kalu ade rezeki tu adela kan..JUMPE LAGI KITE DI TAHUN HADAPAN.

Monday, November 17, 2008

STEAMBOAT

STEAMBOAT..korang suke x makan mknn ni?hehe..aku pon baru blaja2 makan bende2 ni..selalu beli kat pasar malam jer..bukan xde duit.tapi belum ade rase teringin nak makan kat kedai makan besar2...itu dulu la.sekarang ni da tau kat mane nak cari makanan ni korang boleh makan kat Jonny's Seafood. kat sane boleh tahan sedaplah..coz aku da makan 3kali..bukan nak promote just nak berkongsi ceriter..last makan masa hadir kursus kat Bayu Beach Resort, Port Dickson. seronok lah makan beramai2 n kawan2 dari poli yang berlainan.Bila terpandang hidangan kat atas meja, masing2 kate xcukup..haa.. nak tau bile dah makan ktorang dah xlarat nak habiskan makanan yang sedia ada..tambah lagi group meja sebelah tambah BBq dorang.lagila xabis makanan ktorang tu.itulah masing2 tamak sangat..heheeh termasuklah aku.yea la time tu masing tgh lapar..memanglah bila nampak makanan yang terhidang tu rase xcukup..padahal time tu xmakan lagi..iktibarnyer jangan tamak pada pandangan mata..sebab kita belum makan lagi. Da fikir kata xcukup..

Friday, October 31, 2008

Majlis Pertunanganku 26.10.08

salam semua...da lame aku x menulis dalam blog ni. heheheh...korang nampak x pic aku kat atas tu..mesti da boleh gak sal aku posing macam tu..agaknye nape yek aku post cam tuh..nak masuk program gadis melayu kot..ishhh.bukanla..sebenarnya..pic kat atas tu aku post untuk majlis pertunangan aku n my hubby.majlis diadakan sebelum raya deepavali..yea la umah dekat n batu caves..rayela sekali..aku gurau jer.tp majlis tunang ni betol2 bukan main2..ermm..macam x percaya plak da jadi tunangan orang. alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna..doakan kebahagian kami dalam melayari kehidupan seterusnya..ucapan terima kasih kepada my family..yang banyak bertungkus lumus..terutama mak n ayah n adik2 aku. xlupe thanx to my friend..coz sudi datang ke majlis aku..thanx to dell coz menjadi mak andam..pic kat bawah ni kek 4 my hubby..thanx to my hubby n family.sampai berjumpe lagi..tattatata.

Thursday, September 25, 2008

sElAmAt HaRi rAyA



Selamat Hari Raya semua...maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap.
Moga ramadhan kali ini penuh bermakna bagi kITA. Bile balik beraya tu berhati2la di jalan raya..makan hidangan raya tu beringatlah bagi yang tgh b'diet.kot2 terlebih makan da xjadi program berdiet..mane yang rase de t'lebih duit tuh boleh la bersedekah kat sape2 yang memerlukan.nak kongsi kisah sedih cket..malam tadi aku tgk program BERSAMAMU TV3. kisah keinsafan utk kite yang masih diberikan nikmat anggota yang masih sempurna.Xtau la kalu korg sume tgk gak program tu mlm tadi..kisah 2 beradik yang mengidap sakit saraf sejak kecil lagi. lingkungan umur pakcik2 ni 58-59tahun.hanya tinggal berdua bagi menghabiskan sisa2 kehidupan. xde sape yang tinggal b'same untuk menjaga dorg, setelah kematian ibunya 14 tahun lalu. part yang paling aku tersentuhnya..bile salah sorg adik beradik ni nak makan.pakcik ni menggunakan mulut untuk mengambil makanan yang terhidang untuk berbuka pose.ya Allah..aku rase time tuh, sedih sangat hampir menitiskan air mata... aku ni dah la xboleh tgk cter2 macam ni..mula laa nak sedih sekali.kalaulah perkara yang same berlaku pada kite, ahli keluarga kite.sanggup ke korang nak biarkan dorang hidup tanpa pemantauan dari adk beradik yang masih sihat lagi.aku xtaulaa nape adk beradik dia sanggup biarkan darah daging sendiri hidup merana.hanya mendapat simpati daripada jiran2 disebelah rumah.moral of the story..kite perlu bersyukur dengan nikmat yang ada dan menggunakan sebaik2nya nikmat yang telah diberikan olehNYA.

Wednesday, August 27, 2008

BAZAR RAMADHAN


"BAZAR RAMADHAN 2008"
jemputlah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi program Bazar Ramadhan pada kali ini. anjuran Kelab Keusahawanan & Kelab Perdagangan POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH. program julung kalinya diadakan di setiap tahun. pelbagai acara dan jualan akan diadakan pada hari tersebut. ini juga merupakan amal ibadah yang dilakukan pada bulan puasa.semoga dengan adanya program seperti ini, dapatlah mengeratkan silaturahim dikalangan pelajar dan kakitangan PSAS. selain itu, dapat memberi peluang kepada mereka yang berimpian untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. diperakui dengan hadis yang menyatakan bahawa 9/10 rezeki datang daripada perniagaan. galakan dan sokongan dari orang ramai akan amatlah dialu2kan bagi memberi semangat kepada mereka yang menceburi dalam bidang perniagaan.

Monday, August 25, 2008

~Hari PaNaS N sEjUp~


urghhhh..xyah cterla ari ni panassss gler.aku jer xgiler lagi..hehehehe.da tu kene la buka tingkap keliling biar de udara baru masuk..lege ckit.da la kuar dr kelas berpeluh2..cam g senam aerobik plak rase.panas2!!! sabar!!! sume ni dugaan..sebab kite ni kat nak pose..ujian kecik jer ni..nak sedapkan ati..hehehhe.tapi yang bestnyer arini ialah gaji da masuk macam orang tetap..e2la yang mengurangkan kepanasan ari ni..coz duit minyak poon ayah yang isikan.tapi aku da ganti balik tau ari nihh..buka jer maybank2u tgk gaji da masuk..terus jerr bayar semula duit minyak ayah.hehheeh..terima kasih ayahku.ari nihh nak buat keje pon xlalu..panassss.byak keje ni..haaaa..

Thursday, August 21, 2008

Hari Keusahawanan 5&6 Ogos 2008

Hari Keusahawanan peringkat Politeknik..semua pelajar yang mengambil modul P3117&P3130 wajib untuk melibatkan diri dalam program ni..penat xusah nak dikatala.memang penat geler..kesian kat student sebabnye dorang yang kene buat semua ni. nak kene dirikan khemah lagi nak berniaga lagi.ermm..tapi xpe dorang ni bagus xmerungut pon(xtau la kalu kat blakang..hehehe).masa program ni berlangsung nampaklah siapa yang bersungguh untuk menjadi seorang usahawan ataupun tidak.de tu selambe jer..xleh nak pakse,sume ni memberikan peluang tuk dorang perbaiki PB sebenarnye..ermmm..xtaula dorang ni paham ke x. kelas DPR3 aku bhagikan kepada 4 kumpulan projek mini..mase ni la nak tunjuk skill masing2.de group yang menjual tudung(bagus de usaha), de group yang menjual rojak buah n air(macam xde sambutan jer hhehehe....),de group lagi satu jual kerepek.sedap gak kerepek dorang ni..sebab de rase bawang putih cket.satu group lagi jual cendawan gorng..haaa ni paling mendapat sambutan.hehehh sebenarnye ni mknn kegemaran aku..bagi la sekilo. aku boleh telan sume..pape hal pon aku hargailah segala pertolongan yang dihulurkan..termasuk yang terlibat secara langsung dan xlangsung. Tambahan isu ekoran pada hari kejadian..aku rase xpatutla pihak yang bertanggungjawab yang sepatutnya memantau pemasangan khemah hanya duduk dan lihat saja student ni buat kerja.sepatutnya mereka pon perlu turut terlibat sama dalam hal ni..xpatut tol.kalu de skrew ke besi2 khemah yang hilang nanti akan disalahkan kpd student gak.ermm..xpaham aku. aku tau la pasal pemasangan khemah tu kalu bukan anjuran poli, pihak yang menganjurkan kene pasang sendiri..tapi kenela sama2 pantau pemasangan khemah tu.yang paling aku risaunye student ni bukan bidang tugas dia nak pasang memasang ni. kalu la bende yang xsepatutnye berlaku da timpa pelajar.siapa yang harus dipersalahkan?sebab bidang tugas ni bukan sepatutnya pelajar yang buat..ntah la labu.aku harap perkara ni perlu di bawa ke dalam mesyuarat semula. sebab sebelum ni xde masalah pon pihak yang sepatutnya pasang khemah boleh jer buat keje...sian kat student..

Friday, August 15, 2008

~servis kete~



ermm...jap g aku nak balik selayang.coz kete aku ni suke tol menghasilkan bunyi-bunyian.risau gak aku ni..ye laa..kot2la nanti t'benti kat tgh jalan sape yang susah.aku ni bukanla tau sgt bab2 kete.yang aku tau boleh gerak da cukup..entahla kete malaysia ni..bile la nak setaraf dgn kete2 import..kalu aku xbeli xmenyokong pulak.akukan rakyat malaysia.sape lagi nak beli kalu bukan aku..hampehhh tol.

Wednesday, August 13, 2008

~KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS~


Keberkatan surah al-ikhlas


Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

…Wallahu a’lam

blaja buat blog sendiri



akhirnya dapatla juga aku buat blog sendiri..ermm x terpikir lagi pe yang perlu dimasukkan kat dalam ruangan ni. biarlah yang dapat memberi manfaat kepada pembaca blog aku.hehehee..aku berjaya..hampir nak give up jugak ni.bantuan dari kawan2 akhirnya siap juga.

Tuesday, August 12, 2008

~7 pahala~


Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

~Rayyan Iskandar~


Rayyan Iskandar my nephew name..skrang ni da masuk 6 bulan.tarikh lahir same dengan no plat kereta aku 3019.lebih kurang same la kan coz rayyan lahir 19.3.08.hhehehe..xkire same gak kalu korang xsetuju aku xpeduli.sekarang ni da pandai nak meniarap..kesian juga tengok dia nak gulingkan badan tu macam berat jer...skang ni ia da pandai meniarap sendiri.paling dia suke tgk bile orag berborak..mula la dia dgr jer.macam paham jer..tgk tu da terlentok.penat sgt la tu..baju yang dia pakai tu makcik dia belikan.tapi bukan aku la..adik aku yang blajat kat ppd.konon2 nak buat raya tapi xdan raye da sarung dulu..sebabnye badan dia ni cepat naik.risau xdan pakai lak..xpe baju raye beli lain.de jer gaya yang dia nak buat..paling dia suka buat makan kaki..org kate kalu baby suka makan kaki tu, nak adik lagi..hehehhehe.pengsan la mama dia..da la kurus kering..berat rayyan da 9kg.beratnyer...xlarat nak dukung selalu..