~My self~

My photo
selayang, selangor, Malaysia

Wednesday, August 27, 2008

BAZAR RAMADHAN


"BAZAR RAMADHAN 2008"
jemputlah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi program Bazar Ramadhan pada kali ini. anjuran Kelab Keusahawanan & Kelab Perdagangan POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH. program julung kalinya diadakan di setiap tahun. pelbagai acara dan jualan akan diadakan pada hari tersebut. ini juga merupakan amal ibadah yang dilakukan pada bulan puasa.semoga dengan adanya program seperti ini, dapatlah mengeratkan silaturahim dikalangan pelajar dan kakitangan PSAS. selain itu, dapat memberi peluang kepada mereka yang berimpian untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. diperakui dengan hadis yang menyatakan bahawa 9/10 rezeki datang daripada perniagaan. galakan dan sokongan dari orang ramai akan amatlah dialu2kan bagi memberi semangat kepada mereka yang menceburi dalam bidang perniagaan.

Monday, August 25, 2008

~Hari PaNaS N sEjUp~


urghhhh..xyah cterla ari ni panassss gler.aku jer xgiler lagi..hehehehe.da tu kene la buka tingkap keliling biar de udara baru masuk..lege ckit.da la kuar dr kelas berpeluh2..cam g senam aerobik plak rase.panas2!!! sabar!!! sume ni dugaan..sebab kite ni kat nak pose..ujian kecik jer ni..nak sedapkan ati..hehehhe.tapi yang bestnyer arini ialah gaji da masuk macam orang tetap..e2la yang mengurangkan kepanasan ari ni..coz duit minyak poon ayah yang isikan.tapi aku da ganti balik tau ari nihh..buka jer maybank2u tgk gaji da masuk..terus jerr bayar semula duit minyak ayah.hehheeh..terima kasih ayahku.ari nihh nak buat keje pon xlalu..panassss.byak keje ni..haaaa..

Thursday, August 21, 2008

Hari Keusahawanan 5&6 Ogos 2008

Hari Keusahawanan peringkat Politeknik..semua pelajar yang mengambil modul P3117&P3130 wajib untuk melibatkan diri dalam program ni..penat xusah nak dikatala.memang penat geler..kesian kat student sebabnye dorang yang kene buat semua ni. nak kene dirikan khemah lagi nak berniaga lagi.ermm..tapi xpe dorang ni bagus xmerungut pon(xtau la kalu kat blakang..hehehe).masa program ni berlangsung nampaklah siapa yang bersungguh untuk menjadi seorang usahawan ataupun tidak.de tu selambe jer..xleh nak pakse,sume ni memberikan peluang tuk dorang perbaiki PB sebenarnye..ermmm..xtaula dorang ni paham ke x. kelas DPR3 aku bhagikan kepada 4 kumpulan projek mini..mase ni la nak tunjuk skill masing2.de group yang menjual tudung(bagus de usaha), de group yang menjual rojak buah n air(macam xde sambutan jer hhehehe....),de group lagi satu jual kerepek.sedap gak kerepek dorang ni..sebab de rase bawang putih cket.satu group lagi jual cendawan gorng..haaa ni paling mendapat sambutan.hehehh sebenarnye ni mknn kegemaran aku..bagi la sekilo. aku boleh telan sume..pape hal pon aku hargailah segala pertolongan yang dihulurkan..termasuk yang terlibat secara langsung dan xlangsung. Tambahan isu ekoran pada hari kejadian..aku rase xpatutla pihak yang bertanggungjawab yang sepatutnya memantau pemasangan khemah hanya duduk dan lihat saja student ni buat kerja.sepatutnya mereka pon perlu turut terlibat sama dalam hal ni..xpatut tol.kalu de skrew ke besi2 khemah yang hilang nanti akan disalahkan kpd student gak.ermm..xpaham aku. aku tau la pasal pemasangan khemah tu kalu bukan anjuran poli, pihak yang menganjurkan kene pasang sendiri..tapi kenela sama2 pantau pemasangan khemah tu.yang paling aku risaunye student ni bukan bidang tugas dia nak pasang memasang ni. kalu la bende yang xsepatutnye berlaku da timpa pelajar.siapa yang harus dipersalahkan?sebab bidang tugas ni bukan sepatutnya pelajar yang buat..ntah la labu.aku harap perkara ni perlu di bawa ke dalam mesyuarat semula. sebab sebelum ni xde masalah pon pihak yang sepatutnya pasang khemah boleh jer buat keje...sian kat student..

Friday, August 15, 2008

~servis kete~



ermm...jap g aku nak balik selayang.coz kete aku ni suke tol menghasilkan bunyi-bunyian.risau gak aku ni..ye laa..kot2la nanti t'benti kat tgh jalan sape yang susah.aku ni bukanla tau sgt bab2 kete.yang aku tau boleh gerak da cukup..entahla kete malaysia ni..bile la nak setaraf dgn kete2 import..kalu aku xbeli xmenyokong pulak.akukan rakyat malaysia.sape lagi nak beli kalu bukan aku..hampehhh tol.

Wednesday, August 13, 2008

~KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS~


Keberkatan surah al-ikhlas


Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

…Wallahu a’lam

blaja buat blog sendiri



akhirnya dapatla juga aku buat blog sendiri..ermm x terpikir lagi pe yang perlu dimasukkan kat dalam ruangan ni. biarlah yang dapat memberi manfaat kepada pembaca blog aku.hehehee..aku berjaya..hampir nak give up jugak ni.bantuan dari kawan2 akhirnya siap juga.

Tuesday, August 12, 2008

~7 pahala~


Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

~Rayyan Iskandar~


Rayyan Iskandar my nephew name..skrang ni da masuk 6 bulan.tarikh lahir same dengan no plat kereta aku 3019.lebih kurang same la kan coz rayyan lahir 19.3.08.hhehehe..xkire same gak kalu korang xsetuju aku xpeduli.sekarang ni da pandai nak meniarap..kesian juga tengok dia nak gulingkan badan tu macam berat jer...skang ni ia da pandai meniarap sendiri.paling dia suke tgk bile orag berborak..mula la dia dgr jer.macam paham jer..tgk tu da terlentok.penat sgt la tu..baju yang dia pakai tu makcik dia belikan.tapi bukan aku la..adik aku yang blajat kat ppd.konon2 nak buat raya tapi xdan raye da sarung dulu..sebabnye badan dia ni cepat naik.risau xdan pakai lak..xpe baju raye beli lain.de jer gaya yang dia nak buat..paling dia suka buat makan kaki..org kate kalu baby suka makan kaki tu, nak adik lagi..hehehhehe.pengsan la mama dia..da la kurus kering..berat rayyan da 9kg.beratnyer...xlarat nak dukung selalu..